Pokok kelapa, Ubi kayu dan basikal tua mengingatkan kami kepada arwah abah. Kerana kami dibesar di sebuah kampong dalam persekitaran pokok kelapa,basikal tua dan ubi kayu.
Ubi kayu yang nama lainnya adalah ubi benggala, ubi belanda dan dalam bahasa Inggeris dipanggil cassava.Cara menanamnya mudah iaitu dengan cara keratan batang dicucuk ke dalam tanah.Hujung keratan yang terbenam didalam tanah akan menghasilkan akar yang akhirnya menjadi ubi.

Abah seorang pekebun ubi kayu yang akan menjualnya di persimpangan jalan. Cara jualan amat mudah semudah ubi kayu ditanam. Beliau akan melonggokkan ubi-ubi tersebut kepada beberapa longgokkan. Harga selonggok ubi hanya 20sen.Hasil dari jualan ini beliau menanggung belanja harian kami.
Pokok kelapa - ditaman hampir di seluruh kawasan rumah kami. Kelapa dalan bahasa Inggeris dipanngil coconut juga dikenali sebagai nyiur adalah tumbuhan saka. Tempoh hidupnya melebihi 25 tahun.
Abah adalah seorang pekerja yang mahir dalam hal ehwal kelapa. Kelapa juga adalah satu sumber rezeki kami. Dahulu sebiji kelapa yang sudah dibersihkan hanya 5 sen sahaja.
Basikal tua - pernah menjadi siulan dan nyanyian dimulut muda-mudi satu ketika dahulu.Basikal tua lagu nyanyian ppopular yang didendangkan oleh Allahyarham Dato sudirman Hj Arshad.
Inilah kenderaan kebanggaan keluarga kami.Abah menggunakan basikal ini untuk setiap urusannya.Ketempat kerja, ke kebun hatta menghantar kami anak-anaknya ke sekolah.
Banyak sungguh jasa mu kepada kami Basikal Tua.

No comments:
Post a Comment